Miss Aaliyah: SYARAHAN

Sunday 19 May 2013

SYARAHAN

TANGGUNGJAWAB MURID TERHADAP
SEKOLAH


           
Yang Berusaha Tuan Pengerusi Majlis, Guru, Penasihat Kelab Bahasa Melayu, guru - guru dan rakan - rakan sekalian. Salam sejahtera saya mulakan sebagai pembuka bicara. Berdirinya saya di sini pada petang ini adalah untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk, "Sekolah selamat menjamin kualiti pelajaran".

            Guru – guru  dan rakan - rakan sekalian,

             Sekolah selamat bermaksud keselamatan kita disekolah.Sebagai murid kita perlu menjaga sekolah kita.supaya selamat. Ini dapat dilaksanakan dengan menjadi pelajar yang berdisiplin.

            Sebagai pelajar, kewajipan penting ialah belajar dengan bersungguh-sungguh,tetapi jikalau sekolah kita tidak selamat bagaimana kita boleh belajar dengan selesa.Contoh sekolah yang tidak selamat ialah sekolah yang  berdekatan dengan tanah runtuh,terlalu banyak longakang.Pembinaan sesebuah sekolah turut mempengaruhi keselamatan diri kita di sekolah.

            Seperkara lagi yang dapat kita lakukan ialah selalu bekerjasama dengan rakan sekelas dan saling percaya mempercayai antara satu sama lain.Sesuatu akan terjadi apabila kita tidak bekerjasama antara satu sama lain dan tidak mempercayai antara satu sama lain.

            Tanggungjawab kita sebagai murid ialah perlu memastikan kebersihan dan keselamatan sekolah kita.Sekolah yang bersih,indah dan selamat akan mewujudkan suasana belajar yang lebih selesa.

            Justeru, melalui huraian di atas, tanggungjawab yang perlu dilakukan oleh murid - murid terhadap sekolah mereka amat luas sekali.
Sekian Terima Kasih,

No comments:

Post a Comment