Miss Aaliyah: Nak Iphone Jugak Kak Lyssa

Friday 7 September 2012

Nak Iphone Jugak Kak Lyssa


.Assalamualaikum !
Peacee Yo(!) ^_^v


Pagi tadi bertungkus lumus buat entry BLOG BERWAJAH BARU Kemain ramai yang comment . Ada yang suka dan ada juga yang tak berapa nak suka . It's ok . Asal diri Lyssa puas dengan perubahan kali ni pun dah cukup . hehe .

Sekarang . Sekarang . Sekarang . Lyssa nak cerita pasal hadiah hari jadi yang Lyssa dapat daripada papa Lyssa . Oh yeah . Benda yang selama ni Lyssa idamkan dan kononnya sekarang ni tengah kumpul duit untuk beli benda tu sendiri . **(bajet baaanyak sangat duit kau tu Lyssa . haha) . Tapi dengan tak semenanya benda yang Lyssa nak selama ini , jadi PRESENT from my dad . Siapa tak terkejut kan ?

Actually , Lyssa pernah mintak kat papa Lyssa benda tu . And dia kata :

"Ishk , tak payah lah . Membazir je . Nak buat apa phone banyak-banyak ? Blekberi kamu dah ada . Galaxy Tab kamu dah ada . Buat apa nak banyak-banyak ?"

"Ehmm . Ye la . Tapi Lyssa teringin sangat iphone tu . Tak kesah lah . iPhone 4 ke , iPhone 4S ke . Nak jugak !"

(ishk . tetiba rasa macam mengadanya aku ni ! Tak bersyukur langsung . ah , nak buat apa ntah banyak-banyak kan ?-.-")

Kalau korang nak tahu , Lyssa ni memang #GilaGadget punya orang  . Pantang ada benda baru mulalah timbul perasaan membuak-buak and terhegeh-hegeh nak kan sesuatu benda tu . Lepas my dad cakap macam tu , mula timbul perasaan nak beli iphone guna duit sendiri .

Ye . Hasil duit dari blog , says , churp-churp , nuffnang , advertlets , innity . Rasanya cukup kot ! haha xD Memang cukup pun . Tapi rasa sayang pulak duit yang selama ni kumpul tiba-tiba melayang disebabkan satu benda yang rasanya memang membazir pun :)

Dan semalam papa Lyssa balik dari keje , tiba-tiba dia hulur kat aku dan cakap :

"Nah , hadiah hari jadi untuk kamu" (sambil muka tersengeh-sengeh dia hulurkan kat aku!)

"Serius ? Serius ke ni ? Untuk Lyssa ? Waaaaa . Terima kasih , abah !"

Dengan rakusnya aku terus ambil i-pong tu and terus belek . Download semua benda yang aku rasa nak download ! haha . Serius . Happy gila kot time tu . Hanya ALLAH sahajalah yang tahu perasaan aku time tu .

Ayah mana tak sayangkan anaknya kan ? Tambah-tambah Lyssa ni anak sulung . And anak perempuan sorang . Haruslah dia kena sayang . Kan ? Kan , abah ? hehe .  






Walaupun ianya hanyalah iPhone 4 sahaja yang bewarna hitam dan (bukan iPhone 4s kaler putih yang Lyssa idamkan selama ini) , Lyssa tetap bersyukur . At least dapat jugak Lyssa merasa guna ipong ni . Tak kira lah ada "S" ke , tak ada "S" ke . Sama jugak bagi Lyssa . hihi.

Setakat ni , rasanya memang best lah iPhone ni . Lyssa baru je guna . Kena banyak belajar lagi and kena banyak lagi godek-godek menda alah ni . Kan ?

Haa . Lagi satu Lyssa tak sabar nak pergi kedai cari casing yang comey-comey pink-pink muka kartun2 bagai . ololor . SWEETnyeeeee XD hehe .


Apa-apa pun thanks sangat kat my dad sebab hadiahkan iPhone 4 ni . Baru ingat nak grab iPhone5 next month  . Tapi dah abah beli awai sangat . Terima je dengan ikhlas :) hehe !

                                      TAHNIAH , AKAK LYSSA SEBAB DAPAT JUGAK APE YANG AKAK IMPIKAN ..

No comments:

Post a Comment